Sejarah The Fabulous Cats

The Fabulous Cats diwujudkan sebagai sebuah projek solo Cat Farish selepas meninggalkan Ruffedge pada April 2006. Kumpulan ini melancarkan single sulung mereka berjudul "Gila-Gila Bola" yang menjadi lagu tema Piala Dunia FIFA 2006.

Pada tahun 2011, seorang ahli kumpulan The Fabulous Cats (TFC), Adeep atau nama sebenarnya Abdul Mutalib Nahar mengundurkan diri untuk keluar daripada kumpulan tersebut dan bersara sebagai seorang penyanyi selepas membuat keputusan untuk terlibat dengan aktiviti dakwah.[2]